Showing posts with label Suami Tidak Bekerja. Show all posts
Showing posts with label Suami Tidak Bekerja. Show all posts

Sunday, 20 November 2016

Surat 3: Hari Lahir Suamiku Bakal Tiba

Kehadapan kekasih hati ku dunia akhirat,


Selepas workshop yang aku anjurkan sendiri untuk Start Up Bisnes RT, aku dengan kamu tetiba tidak bercakap mana. Selepas menghantar peserta/bisnes partner kami pulang kamu terus meneruskan aktiviti biasa mu yang membuang masa. Agak rasa geram dan marah mula menyelinap. Tapi hari ini aku mampu mengawal diri untuk tidak bertindak seperti sebelum ini. Aku biarkan sahaja walaupun tidak senang dengan alasan sakit kulit tiba-tiba. Pada ketika itu Zohor pun belum dikerjakan. Melambat-lambatkan solat juga antara kesukaan suamiku yang dikasihi. Pelbagai alasan telah kudengar.

Makanya aku mengemas dan menyapu bilik baju yang sangat bersepah, kemudian aku mengemas barang-barang suamiku. Seorang yang sangat bersepah dan tidak teratur hidup. Banyak dokumen panggilan temuduga yang aku nampak. Yang paling best surat sokongan daripada Raja Perak juga aku temui. Teringat aku semasa interview UMK untuk jawatan pensyarah, aku dapat surat sokongan ahli Parlimen, gara-gara kepingan sangat untuk mendapatkan jawatan tersebut. Pahadal aku telah mendapat surat sokongan daripada supervisor, dan pengarah institusi penyelidikan aku. Kerana tidak yakin dengan kapasiti sendiri, aku akhirnya ditewaskan dalam interview hanya gara-gara surat tersebut tiada kaitan dengan jawatan yang dipohon. Bagi majoriti panel aku merupakan orang yang pelobi untuk mendapatkan sesuatu jawatan bukan disebabkan kapasiti dan kebolehan diri. Itulah pengalaman yang tidak akan pernah aku lupakan kerana aku telah qualified untuk jawatan tersebut tetapi hanya kerana surat itu aku goyah. Takdir surat itu hadir kerana ayah dan ibu ku terlampau excited dan berharap untuk anaknya mendapat jawatan tersebut. Oleh itu, ibuku telah pergi berjumpa dengan setiausaha ahli parlimen tersebut untuk mendapatkan surat sokongan. Tiada siapa yang perlu disalah kan kerana selepas interview tersebut aku mendapat lagi tawaran interview. Berbekalkan kapasiti aku, keyakinan semasa presentation dan tawakal kepada Allah yang maha Memberi rezeki. Akhirnya aku mendapat tawaran tajaan/berkhidmat di Universiti Awam dan Swasta. Dan hari ini aku sudah melepaskan jawatan pensyarah di Universiti swasta tersebut.

Semalam aku sepatutnya memulakan research kembali, tapi selepas baca buku bisnes aku tertidur sehingga subuh. Isyak aku pukul 4.30 a.m. Hari ini aku malas nak kejut suamiku. Biarlah dia bangun sendiri. Pukul 8 a.m aku melihat dia masih terbaring tidur.

Daripada semalam aku cakap kat dia Tanggungjawab kita dengan Tuhan boleh kita lengah, Dengan isteri lagilah...

Semalam juga keluar daripada mulut ku, "Patulah awak miskin, sebab dengan Tuhan juga miskin hubungannya"

Apa yang dia paham pulak sebaliknya " Awak ingat yang kaya tue semayang, yang miskin tak sembahyang?"

Aku hanya mampu menjawab dalam hati "Yang miskin memmang majoriti dirumah kotor bersepah dan tidak solat (solat jarang-jarang), yang kaya tak solat itu ujian untuk dia, paling kurang dia dapat banyak duit, cuma bila tak solat keberkahtan kekayaannya mungkin hilang sama seperti yang miskin"
-fikiran aku bengini kerana aku pernah melihat@mendengar@membaca pengakuan belakang tabir krew BERSAMA MU TV3.

Biasanya bila pergi memberi sumbangan bila diperhatikan dalam rumah tiada ruang untuk solat dan bila bertanya perihal telekung sembahyang, kadang-kadang ada tapi tidak dipakai.

Hari ini aku membakar 4 keping roti dan disapu kaya.

Menunggu apa yang bakal berlaku.

Aku harap sangat suamiku berubah sikap, malas menjadi rajin, beralasan menjadi tiada lagi alasan yang penting dah buat, bekerja keras, berfikiran positif, suami yang soleh yang menjaga solat dan tahajudnya dan bakal bapa contoh yang baik.

Ameen.